Sinopsis

Pendidikan pada abad ke-21 memerlukan perubahan dan pendekatan berbagai teknik dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).Sehubungan itu pensyarah perlu sentiasa peka dengan berbagai pendekatan dan kaedah baru yang digunakan dalam PdP. Terma Pemikiran Komputasional (CT)dimulakan oleh Profesor Jeanette Wing pada 2006 di Amerika Syarikat. Kaedah CT bukan saja digunakan dalam bidang perkomputeran, malah ia boleh digunakan merentasi berbagai subjek yang lain. CT telah mula diberi perhatian dalam bidang pendidikan di berbagai negara.Di Malaysia, CT mula diperkenalkan dalam silibus pendidikan di peringkat rendah dan menengah mulai sesi persekolahan 2017. Dalam berbagai kajian yang telah dijalankan oleh pakar dalam bidang pendidikan, teknik pembelajaran inkuiri penemuan telah dibuktikan dapat membina kemahiran pelajar supaya menjadi lebih sistematik, kritis dan logik dalam penyelesaian masalah. Dalam teknik ini pelajar memainkan peranan yang aktif sementara guru hanyaberperanan sebagai fasilitator. Teknik pembelajaran inkuiri penemuan juga digunakanuntuk meningkatkan kemahiran berfikir pelajar.Kaedah CT dan teknik inkuiri penemuan digabungkan dalam PdP subjek sains komputer untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam beberapa topik yang dikenalpasti sukar untuk dikuasai oleh pelajar. Pelaksanaan dibuat menerusi kaedah eksperimental melibatkan kumpulan eskperimen dan kawalan. Ujian yang sama diberikan kepada kedua-dua kumpulan ini untuk mengukur keberkesanan kaedah yang digunakan. Keputusan ujian dianalisis untuk menentukan keberkesanan kaedah yang diperkenalkan ini.