Sebahagian besar daripada pelajar tidak menguasai isi kandungan pelajaran. Pelajar lebih banyak menghafal daripada memahami topik-topik penting dalam subjek sains komputer. Pelajar juga tidak mempunya kemahiran dalam membuat penyelesaian masalah secara berstruktur dan sistematik.
Apakah itu Pemikiran Komputasional?
Pemikiran komputational (CT) diperkenalkan oleh Profesor Jeannette Wing pada 2006 di Amerika Syarikat. Seterusnya banyak negara mulai memberi perhatian tentang CT di dalam silibus pendidikkan termasuk Malaysia. Secara ringkas Computational Thinking adalah pendekatan penyelesaian masalah, rekabentuk sistem dan memahami tingkahlaku manusia yang dilakar daripada konsep asas perkomputeran (Wing, 2006; 2008).
Menurut Mee (2016), CT adalah proses pemikiran yang mengformulasikan beberapa kaedah untuk matlamat pembelajaran secara kreatif melalui beberapa kemahiran CT. Menurut artikel yang dikeluarkan oleh BBC 2017, terdapat enam kemahiran dalam CT, iaitu:
- Decomposition – memecahkan masalah yang kompleks kepada bahagian-bahagian kecil supaya ia lebih mudah diselesaikan.
- Pengecaman corak (pattern recognition) – melihat persamaan diantara masalah-masalah yang telah wujud sebelumnya.
- Abstrak (abstraction) – memfokuskan kepada maklumat yang penting sahaja dan mengabaikan maklumat tidak relevan.
- Algoritma dan Logical Reasoning – membangunkan penyelesaian langkah demi langkah kepada masalah, atau peraturan yang perlu diikut untuk menyelesaikan masalah.
- Penilaian (Evaluation) – penilaian semula terhadap penyelesaian masalah yang telah dibuat.
Apakah itu Teknik Inkuiri Penemuan?
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berasaskan inkuiri merupakan satu pendekatan di mana murid membina pengetahuan dan kefahaman sendiri melalui penyiasatan dan penerokaan berasaskan pengetahuan sedia ada (Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM 2016). Pendekatan inkuiri penemuan ialah pendekatan pembelajaran melibatkan proses meneroka alam semula jadi dan berasaskan lima fasa iaitu menyoal, memeriksa atau menyelidik, mereka cipta, membincangkan dan membuat refleksi. Penggunaan inkuiri dapat mewujudkan pembelajaran yang lebih berpusatkan pelajar, mengelakkan daripada belajar dengan cara menghafal, membentuk dan mengembang bakat kendiri pelajar, memberi pelajar masa untuk mengasimilasikan ilmu pengetahuan yang diperolehi dan dapat meningkatkan potensi pelajar. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 turut menekankan kemahiran inkuiri untuk belajar di mana pembelajaran berasaskan inkuiri merupakan salah satu pendekatan pedagogi yang dicadangkan sebagai cara yang paling berkesan untuk melibatkan murid dalam mengembangkan kemahiran.
