Pengenalan

Tajuk PdP Inovatif :

Pemikiran Komputasional dan Teknik Inkuiri Penemuan Dalam Pengajaran 
dan Pembelajaran Sains Komputer.

Ahli Kumpulan :
Rosnizam bin Eusoff
Rasyida bt. Abd Rahman
Rizal bin Harun
Siti Nor Afidah bt. Anuar


Abstrak :
Pendidikan pada abad ke-21 memerlukan perubahan dan pendekatan berbagai teknik dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).Sehubungan itu pensyarah perlu sentiasa peka dengan berbagai pendekatan dan kaedah baru yang digunakan dalam PdP. Terma Pemikiran Komputasional (CT) dimulakan oleh Profesor Jeanette Wing pada 2006 di Amerika Syarikat. Di Malaysia, CT mula diperkenalkan dalam silibus pendidikan di peringkat rendah dan menengah mulai sesi persekolahan 2017. Dalam berbagai kajian yang telah dijalankan oleh pakar dalam bidang pendidikan, teknik pembelajaran inkuiri penemuan telah dibuktikan dapat membina kemahiran pelajar supaya menjadi lebih sistematik, kritis dan logik dalam penyelesaian masalah. Dalam teknik ini pelajar memainkan peranan yang aktif sementara guru hanyaberperanan sebagai fasilitator.Teknik pembelajaran inkuiri penemuan juga digunakanuntuk meningkatkan kemahiran berfikir pelajar.Kaedah CT dan teknik inkuiri penemuan digabungkan dalam PdP digunakan sebagai inovasi untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam beberapa topik yang dikenalpasti sukar untuk dikuasai oleh pelajar bagi subjek sains komputer. Inovasi diperkenalkan kepada 2 kumpulan pelajar program satu tahun dan program dua tahun modul 2 pada Ogos 2017. Pelaksanaan dibuat menerusi kaedah eksperimental melibatkan kumpulan eskperimen dan kawalan. Ujian yang sama diberikan kepada kedua-dua kumpulan ini untuk mengukur keberkesanan kaedah yang digunakan. Keputusan ujian dianalisis untuk menentukan keberkesanan kaedah yang diperkenalkan ini. Dapatan daripada ujian yang dibuat menunjukkan berlaku peningkatan kepada keputusan ujian pelajar selepas inovasi diperkenalkan. Impak daripada inovasi yang dijalankan ini adalah potensi yang boleh diperolehi daripada penggunaan kaedah CT dan teknik inkuiri penemuan ini dalam PdP merentasi berbagai subjek yang lain.

Kategori: Amalan PdP di Dalam Kelas

Objektif:
Menggunakan Kaedah Pemikiran Komputasional dan Teknik Inkuiri Penemuan  untuk 
meningkatkan kefahaman pelajar dalam PdP.

Menguji Kesesuaian Pemikiran Komputasional dan Teknik Inkuiri Penemuan Dalam 
Meningkatkan Kefahaman Pelajar Dalam PdP.

Mengenalpasti Kelebihan dan Kekurangan Kaedah dan Teknik yang diperkenalkan Dalam PdP.


Kumpulan Sasaran:

Inovasi dijalankan terhadap satu kumpulan tutorial pelajar PST dan PDT modul 2 dan modul 3 program matrikulasi di Kolej Matrikulasi Selangor. Sub topik Analysis and Problem Solving digunakan untuk kumpulan pelajar PDT. Untuk kumpulan pelajar PST sub topik Logic Circuit telah dipilih.