Pemikiran Komputasional dan Teknik Inkuiri Penemuan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Komputer
Rosnizam bin Eusoff
Rasyida bt. Abd Rahman
Rizal bin Harun
Rizal bin Harun
Siti Nor Afidah bt. Anuar
Abstrak:
Pendekatan dan kaedah baru / alternatif untuk mempelbagaikan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Teknik ini juga untuk membina kemahiran pelajar supaya menjadi lebih sistematik, kritis dan logik dalam penyelesaian masalah dengan mengaplikasikan kaedah pemikiran yang dimiliki oleh pakar-pakar komputeran. Dalam teknik ini pelajar memainkan peranan yang aktif sementara guru hanya berperanan sebagai fasilitator. Pelaksanaan dibuat menerusi kaedah eksperimental melibatkan kumpulan eskperimen dan kawalan. Ujian yang sama diberikan kepada kedua-dua kumpulan ini untuk mengukur keberkesanan kaedah yang digunakan. Keputusan ujian dianalisis untuk menentukan keberkesanan kaedah yang diperkenalkan ini.

